BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 29, 2011

Ada Aku Kisah!!!!

hai u allzzz...

Ada satu kisah yang cukup femes antara si anak, si ayah dan seekor keldai. Ketika dalam satu perjalanan menuju sebuah destinasi. Si ayah menarik keldai dan si anak menunggang di atas keldai tersebut. Lalu disebuah kampung kemudian orang kampung disitu mengutuk si anak. Mereka kata sepatutnya si anak yang menarik keldai dan ayah yang tua itulah yang menunggang di atas keldai. Si ayah yang sedih dengan kutukan lalu mengubah kedudukan. Ayahnya menunggang di atas keldai dan anaknya berjalan kaki sambil menarik keldai tersebut.

Sampai sahaja disebuah perkampungan yang lain, orang kampung disitu mengutuk si ayah pula. Mereka kata sepatutnya ayah yang menarik keldai dan anak yang menunggangnya, kerana anaknya masih kecil. Sekali lagi ayahnya menukar posisi mereka dengan kedua-dua mereka naik menunggang keldai tersebut. Tiba di kampung yang lain pula, sekali lagi mereka dikutuk oleh orang-orang kampung tersebut. Mereka kata, si ayah dan si anak itu zalim kerana ia menyeksa keldai tersebut. Sepatutnya salah seorang daripada mereka harus berada dibawah bagi meringankan beban keldai itu. Si ayah mula bingung. Akhirnya mereka mengambil keputusan dengan berjalan kaki sambil menarik keldai tanpa seorang pun menunggang keldai itu.

Namun, apabila tiba di sebuah kampung yang lain, sekali lagi mereka di kutuk. Kata orang kampung tersebut, si ayah dan si anak tidak cerdik. Apa gunanya membawa keldai jika keldai itu hanya melenggang tanpa membawa si anak atau si ayah menunggang. Dan sekali lagi mereka bingung.


itulah hakikat perjalanan hidup yang penuh berliku ini. di mana saja kita berada dan apa saja kita lakukan atau keputusan yang kita buat, pasti kita tidak mampu menutup mulut org lain. apatah lagi memuaskan hati semua pihak. oleh itu, kita haruslah mengambil pengajaran daripada kisah di atas. selain itu jika kita sendiri dari awal buat perancangan yang rapi, persediaan ataupun strategi untuk berubah dari awal atau apa saja kutukan daripda org sekeliling langsung tidak memberi kesan kpd perubhn kita. hal ini kerana org sekeliling kita tidak tahu apakah strategi perancangan hidup kita. kalau ada juga orang yang mengutuk, jawab saja kat org tuh "ADA AKU KISAH!!!!"



kalau ada org kutuk or sakitkn ati kite ckp mcm pic kt atas nih.


kalau x jln jgk try gune tangan


kalau tak jalan jgk,korunk ckp je "p mampus la"hahaha...


p/s: just nk kongsi je.sekadar renungan.


No comments: